
Gunakan Pintasan Suara pada Mac
Dengan Pintasan Suara, anda boleh mengajar Mac anda untuk melaksanakan tindakan apabila anda menyebut perkataan atau bunyi lain pilihan anda. Pintasan Suara boleh menjadi berguna jika anda mempunyai pertuturan atipikal yang sederhana hingga teruk tetapi boleh menyuarakan sesetengah sebutan dengan elok.
Nota: Pintasan Suara tersedia hanya pada komputer Mac dengan Apple silicon. Audio diproses pada peranti.
Sediakan Pintasan Suara
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, klik Kebolehcapaiandalam bar sisi, pergi ke Pertuturan, kemudian klik Pintasan Suara. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Sediakan, kemudian klik Teruskan.
Pilih tindakan untuk dilakukan oleh Mac anda apabila anda menyebut pintasan. Jika anda mahu tindakan menjadi permintaan kepada Siri, klik Permintaan Siri, kemudian masukkan permintaan.
Masukkan frasa yang anda akan katakan apabila anda mahu Mac anda melaksanakan tindakan, kemudian ikut arahan pada skrin untuk mengulang frasa dengan lantang supaya Mac anda boleh mengecammnya, kemudian klik Selesai.
Aktifkan Pintasan Suara.
Selepas anda menyediakan Pintasan Suara, titik jingga ditunjukkan di sebelah ikon Pusat Kawalan
dalam bar menu untuk menunjukkan yang Pintasan Suara menggunakan mikorofon pada Mac anda untuk mendengar pintasan. Apabila anda tidak mahu Pintasan Suara menggunakan mikrofon, anda boleh menyahaktifkannya. Untuk menyahaktifkan Pintasan Suara, pilih menu Apple
dalam bar sisi, pergi ke Pertuturan, klik Pintasan Suara, kemudian nyahaktifkan Pintasan Suara.
Tambah Pintasan Suara
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, klik Kebolehcapaiandalam bar sisi, pergi ke Pertuturan, kemudian klik Pintasan Suara. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik Tambah Tindakan, kemudian klik Teruskan.
Pilih tindakan untuk dilakukan oleh Mac anda apabila anda menyebut pintasan. Jika anda mahu tindakan menjadi permintaan kepada Siri, klik Permintaan Siri, kemudian masukkan permintaan.
Masukkan frasa yang anda akan katakan apabila anda mahu Mac anda melaksanakan tindakan, kemudian ikut arahan pada skrin untuk mengulang frasa dengan lantang supaya Mac anda boleh mengecamnya.
Gunakan Pintasan Suara
Selepas anda menyediakan Pintasan Suara, hanya sebutkan frasa untuk salah satu pintasan yang anda cipta.
Padam Pintasan Suara
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, klik Kebolehcapaiandalam bar sisi, pergi ke Pertuturan, kemudian klik Pintasan Suara. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Klik
bersebelahan pintasan, klik Padam, kemudian klik Padam lagi.
Petua: Jika anda mempunyai penyakit perolehan atau progresif yang menjejaskan pertuturan, anda boleh membuatkan Siri mendengar dan mengecam jenis corak pertuturan atipikal yang lebih luas. Lihat Tukar seting Siri untuk kebolehcapaian.